Kami mahu setiap pembelian sampai dalam keadaan baik dan mengikut maklumat yang pelanggan beri semasa checkout. Polisi ini membantu proses refund atau replacement dibuat dengan jelas dan cepat.
✓Produk rosak semasa terima: pelanggan boleh mohon replacement atau refund dalam tempoh 7 hari selepas parcel diterima.
✓Salah print dari pihak kami: kami akan buat cetakan semula atau refund penuh selepas bukti gambar/video disahkan.
✓Produk tidak sampai: kami akan bantu semak tracking terlebih dahulu. Jika parcel disahkan hilang oleh courier, kami akan susun replacement atau refund.
✓Produk digital: refund hanya dipertimbangkan jika link fail tidak boleh diakses dan isu tidak dapat diselesaikan oleh pihak kami.
✓Kesilapan maklumat dari pelanggan: ejaan nama, kelas, nombor atau remark yang dihantar oleh pelanggan tidak layak refund selepas proses printing bermula.
Untuk mohon refund atau replacement, WhatsApp kami di 011-5763 0193 bersama nombor order, gambar produk/parcel dan penerangan ringkas isu.